SKBL 2113

SKBL 2113

PENGENALAN

Bahasa merupakan perantara komunikasi sesama manusia. Manusia berkomunikasi diantara satu sama lain menggunakan pelbagai bahasa, dan setiap satu bahasa itu berbeza dengan bahasa lain  dalam pelbagai bentuk  dari segi fonologi,morfologi,sintaksis,semantik  dan pragmatik.Kajian ini menumpukan terhadap penutur Tamil yang berkomunikasi dalam bahasa Melayu.Fonologi merupakan cabang linguistik yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya di dalam sistem bunyi bahasa tersebut.Morfologi adalah cabang tatabahasa yang mengkaji struktur bentuk dan golongan kata.Sintaksis merupakan cabang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat seperti penyusunan kata kepada ayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat.Semantik adalah sistem dan pengkajian tentang makna dalam bahasa.Pragmatik mempunyai sifat atau pendirian yang lebih mengutamakan kesan-kesan sebenar sesuatu daripada ciri-ciri teori dan bersifat praktikal serta banyak memperhitungkan keadaan dan akibat yang sebenarnya akan timbul.Kajian ini meliputi bidang-bidang diatas bagaimana penutur Tamil berkomunikasi menggunakan bahasa Melayu.

One comment on “SKBL 2113

Leave a comment