Analisis Kata

Morfologi  ialah  bidang  ilmu bahasa  yang  mengkaji  struktur, bentuk  dan  penggolong  kata. Struktur   kata  bermaksud  susunan  bunyi  ujaran  atau  lambang (tulisan)  yang  menjadi unit  tatabahasa  yang  bermakna. Bentuk kata pula ialah rupa unit tatabahasa sama ada bentuk  tunggal atau hasil daripada proses pengimbuhan, pemajmukan dan penggandaan. Penggolongan kata pula ialah proses menjeniskan perkataan berdasarkan keserupaan bentuk dan latar fungsi dengan anggota lain dalam golongan yang sama.

kata

Dalam kajian,  penutur Tamil berkomunikasi dalam bahasa Melayu  ini  terdapat beberapa kekerapan kata yang digunakan oleh responden. Responden telah menggunakan perkataan “kasi” lebih banyak dalam petuturannya. Perkataan “kasi” ini membawa maksud yang berbeza dalam konteks ayat yang berbeza. Contohnya,

“Ini pagi-pagi mari angkat sampah, kasi kutip-kutip semua barang semua bagi kasi sapu    sampah….”

Perkataan ‘kasi’ dalam konteks ayat pertama merujuk kepada mengangkat atau memainkan peranan sebagai imbuhan ‘men-…’.

Seterusnya, responden juga menggunakan kata “masak” juga dengan kerap kali. Perkataan ini merujuk kepada perbuatan. Makna perkataan ‘masak’ dalam konteks transkripsi ini sama dengan makna dalam Bahasa Melayu Standard iaitu ‘masak’. Contohnya,

“Saya rumah selalu masak itu suka anak apa masak….”

Responden juga menggunakan perkataan ‘orang’ yang membawa maksud ‘manusia’.  Perkataan ‘orang’  ini membawa maksud yang sama dengan bahasa Melayu Standard. Responden menggunakan perkataan ini dalam ayat seperti berikut :

“Bukan kita orang sembayang belom tak boleh buat,…”

Perkataan ‘orang ‘ dalam konteks ayat di atas merujuk kepada manusia yang melakukan penyembahan kepada Tuhan mereka mengikut agama mereka sendiri.

Sementelahan itu, responden juga menggunakan perkataan ‘kita’ dengan kerap juga. Perkataan ‘kita’ ini merupakan kata ganti nama diri yang kedua. Dalam konteks transkripsi, perkataan ‘kita’ ini membawa maksud kata ganti nama diri yang kedua. Contohnya,

Kita sembayang sudah habis baru buat tau.”

Perkataan “kita” dalam konteks ayat di atas jelas menunjukkan ia merujuk kepada kata ganti nama dalam petuturan responden.

Responden juga telah menggunakan beberapa perkataan bahasa Inggeris dalam petuturannya. Contohnya,

a)       “Saya cleaner keje”

b)      “Saya punya badan boleh,just keje lah, tak tau badan pun ok juga lah…”

Perkataan ‘cleaner’ dan ‘just’ dalam ayat di atas adalah perkataan bahasa Inggeris dalam petuturannya. Ini bermakna responden dipengaruhi unsur asing semasa berkomunikasi. Fenomena ini dikatakan sebagai penukaran kod. Penukaran kod ini merupakan campuran bahasa semasa berkomunikasi ataupun bertulis. Perkataan “cleaner” dalam konteks ini membawa maksud  sebagai ‘tukang cuci’.  Manakala, ‘just’ pula membawa maksud ‘sahaja’ mengikut konteks ayat di atas.

Di samping itu, terdapat beberapa perkataan yang kerap digunakan dalam pertuturan ini, seperti perkataan buat, sembayang, semua dan sebagainya yang membawa maksud yang sama dengan bahasa Melayu Standard.

Leave a comment