Item Soalan Responden

1. NAMA
NAMA
2. Anda berada di dalam KTM komuter, di sebelah anda seorang wanita kelihatan resah. Anda akan…
Anda berada di dalam KTM komuter, di sebelah anda seorang wanita kelihatan resah. Anda akan…  A. bertanyakan masalah beliau
B. meminta beliau supaya bertenang
C. cuba berbual-bual dengannya
D. menenangkan perasaan beliau dengan membuat lawak
E. buat seperti tiada apa-apa berlaku
3. Ketika sedang berlajan, tiba-tiba anda melihat ada beberapa orang sedang bergaduh di tepi jalan. Anda akan…
Ketika sedang berlajan, tiba-tiba anda melihat ada beberapa orang sedang bergaduh di tepi jalan. Anda akan…  A. cuba mengambil tahu apa yang menyebakan mereka bergaduh
B. membuat laporan kepada pihak berkuasa
C. meminta mereka supaya berbaik semula
D. meleraikan pergaduhan tersebut dengan memberi nasihat
E. meninggalkan tempat tersebut dengan keadaan segera
4. Anda ternampak satu kemalangan jalan raya ketika dalam satu perjalanan. Apa yang anda akan lakukan?
Anda ternampak satu kemalangan jalan raya ketika dalam satu perjalanan. Apa yang anda akan lakukan?  A. memberhentikan kereta untuk mengetahui kejadian yang sebenar
B. menghubungi pihak yang berkenaan
C. bertanya kepada saksi kejadian yang sebenar
D. menghulurkan bantuan jika diperlukan
E. berasa marah kerana menggangu kelancaran perjalanan anda
5. Baru-baru ini anda bergaduh dengan sahabat baik anda. Anda akan…
Baru-baru ini anda bergaduh dengan sahabat baik anda. Anda akan…  A. meneruskan kehidupan seperti biasa seolah-olah tiada apa yang berlaku
B. menerimanya dengan tabah dan sabar
C. menegurnya terlebih dahulu sekiranya berjumpa
D. meminta maaf walaupun bukan anda yang tersalah
6. Anda terpilih untuk mengendalikan satu majlis makan malam di kolej kediaman anda. Anda akan…
Anda terpilih untuk mengendalikan satu majlis makan malam di kolej kediaman anda. Anda akan…  A. meminta pendapat dan pandangan banyak pihak agar majlis berjalan lancar
B. membuat persiapan awal dengan kemas dan teratur
C. membuat kerja dengan penuh semangat
D. saling membantu dan berkerjasama dengan ahli yang lain
E. membuat kerja ala kadar sahaja kerana terpaksa
7. Baru-baru ini anda telah mendapat tahu rakan baik anda sendiri cuba menjatuhkan anda. Anda akan…
Baru-baru ini anda telah mendapat tahu rakan baik anda sendiri cuba menjatuhkan anda. Anda akan…  A. meminta penjelasan daripadanya di atas sebab perbuatannya terhadap anda
B. hanya membiarkan perkara tersebut kerana dia merupakan rakan anda
C. berbincang dengannya tentang masalah tersebut
D. memintanya supaya berubah dan insaf
E. anda cuba untuk menjatuhkannya semula
8. Anda dikehendaki menyiapkan satu tugasan penting dalam masa yang singkat. Anda akan…
Anda dikehendaki menyiapkan satu tugasan penting dalam masa yang singkat. Anda akan…  A. meminta pendapat rakan- rakan untuk menyiapkan tugasan tersebut dengan cepat dan padat
B. membuat perancangan yang kemas dan sistematik
C. melakukannya dengan bersungguh-sungguh dan bersemangat
D. membuatnya bersama rakan-rakan yang lain agar senang untuk saling membantu kelak
E. menyiapkan dalam keadaan tergesa-gesa tanpa mengambil kira hasilnya
9. Anda berkenalan dengan seorang lelaki/perempuan di “Facebook”. Dia mempelawa anda bertemu dengannya di luar. Anda akan…
Anda berkenalan dengan seorang lelaki/perempuan di “Facebook”. Dia mempelawa anda bertemu dengannya di luar. Anda akan…  A. bertanyakan pendapat kawan-kawan terlebih dahulu sebelum membuat keputusan
B. membuat beberapa penilaian terlebih dahulu sebelum menerima pelawaannya
C. mendesak beberapa orang kawan anda untuk menemani anda
D. menerima pelawaan tersebut kerana ingin mengenali dia dengan lebih rapat
E. memarahi lelaki/perempuan tersebut kerana berani mempelawa anda keluar dengannya
10. Anda dijemput untuk menyampaikan ucapan pada saat akhir dalam satu majlis. Anda akan…
Anda dijemput untuk menyampaikan ucapan pada saat akhir dalam satu majlis. Anda akan…  A. menerimanya dengan gembira
B. terus membuat persiapan yang sepatutnya
C. menyampaikannya dengan penuh minat dan bertenaga
D. menerimanya kerana menganggap itu sebagai satu pertolongan
E. cuba mengelak dengan memberikan pelbagai alasan

Statistik

1.0   Pengenalan

Statistik adalah satu bidang sains yang berkaitan dengan kaedah pengumpulan, pemerihalan,penganalisisan dan pentafsiran serta kebolehpercayaan sesuatu set data. Kini terdapat pelbagai bidang yang lahir hasil dari cantuman bidang asas seperti ekonomi, biologi, psikologi dan lain-lain dengan bidang statistik. Statistik ini merupakan satu bidang yang penting mendapat hasil data sesuatu kajian yang dijalankan. Statistik ini membantu seseorang yang membuat kajian untuk mengatur hasil datanya dengan teratur dan sistematik. Dengan ini, statistik ini membantu kita untuk menunjukkan hasil kerja yang kemas dan baik. Hal ini juga pembaca, membaca dengan senang dan cepat.

2.0  Pernyataan Masalah

Manusia ialah makhluk sosial. Dalam bersosial, interaksi verbal dan bertulis sering menjadi ukuran personaliti seseorang. Antara tempat bersosial pada masa kini ialah tapak rangkaian sosial atas talian (Social Networking Websites). Facebook merupakan tapak rangkaian sosial atas talian yang paling popular pada masa kini. Sering pemilik akaun facebook menghadapi pelbagai dilema untuk menerima, meneruskan atau mematikan persahabatan dengan pemilik akaun facebook yang lain.  Tindakan ini banyak bergantung pada personaliti pemilik akaun facebook itu sendiri. Menurut Golbeck et.al (2011), personaliti sesorang boleh dibahagikan kepada lima kategori iaitu: berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik.

domain_5_personaliti_utama

Lazimnya, personaliti rakan facebook diandaikan daripada posting dan komennya di facebook. Persoalannya adalah sama ada wajar atau tidak membuat andaian personaliti  rakan facebook dengan hanya berdasarkan posting dan komennya. Maka dengan itu, kajian ini berusaha untuk mengenalpasti persoalan ini.

3.0   Soalan Kajian

Adakah personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook?

4.0   Objektif Kajian.

Objektif kajian ini adalah untuk mengenalpasti sama ada personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook.

5.0   Metodologi Kajian

Metodologi Kajian merupakan rangka penyelidikan yang dilaksanakan dengan teratur daripada idea asal. Metodologi kajian ini merangkumi aspek persampelan, alat kajian dan prosedur kajian serta penganalisisan kajian. Kajian ini merupakan satu kajian kuantitatif.

6.0   Persampelan

Responden terdiri daripada 5 orang responden dan 5 orang rakan responden. Responden merujuk pada orang yang menjadi rakan facebook pengkaji. Pengkaji tidak mengenali responden secara bersemuka. Responden tersebut dibahagikan mengikut kategori  personaliti. Pembahagian kategori personaliti  bersandarkan ciri-ciri personaliti yang dinyatakan dalam Carta Domain Personaliti (Rujuk Lampiran) iaitu berfikiran terbuka, berhemah, ekstrovert, menyenangkan perasaan dan neurotik. Rakan responden merujuk pada rakan kepada responden yang dikaji. Pengkaji tidak mengenali rakan responden secara bersemuka.
7.0   Prosedur Kajian

7.1   Pemilihan responden. Pemilihan responden dibuat dengan menganalisis rakan-rakan facebook yang tidak dikenali secara bersemuka. Dalam kajian ini, rakan facebook yang dikaji ini dinamakan responden.

7.2   Penetapan personaliti responden. Penetapan personaliti responden dibuat dengan menganalisis ‘posting’ (kiriman) dan komen responden dalam facebook. Andaian terhadap personaliti responden 1 hingga 5 adalah berdasarkan  Carta Domain Personaliti. Sebanyak 10 posting atau komen responden tersebut direkodkan sebagai bukti personaliti mereka

7.3   Pengkodan responden. Responden berfikiran terbuka dikodkan R1. Responden berhemah dikodkan R2. Responden ekstrovert dikodkan R3, Responden menyenangkan perasaan dikodkan R4;  dan Responden neurotik dikodkan R5.

7.4   Kategori personaliti berfikiran terbuka dikodkan A; kategori personaliti berhemah dikodkan B; kategori personaliti ekstrovert dikodkan C; kategori personaliti menyenangkan perasaan dikodkan D; dan  kategori personaliti neurotik dikodkan E.

7.5   Pengkodan rakan responden. Rakan R1 dikodkan RR1. Rakan R2 dikodkan RR2. Rakan R3 dikodkan RR3, Rakan R4 dikodkan RR4;  dan Rakan R5 dikodkan RR5.

7.6   Soal-selidik responden. Soal-selidik mengandungi 10 item soalan (Rujuk Lampiran) dibina dan diserahkan kepada responden untuk dijawab. Objektif soal-selidik ini adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden. Daripada 10 item soalan tersebut, 9 item soalan memapar situasi yang mana responden perlu memilih salah satu daripada lima pilihan jawapan.  Pilihan jawapan tersebut dibina mengikut lima kategori personaliti yang telah ditetapkan.  Jawapan pilihan responden  diandaikan dapat mengukuhkan andaian kajian ini terhadap personaliti responden.

7.7  Soal-selidik rakan responden. Item soalan 2 – 10 dalam soal-selidik 7.6 diubah sedikit agar rakan responden memberi andaian terhadap jawapan yang responden cenderung memilih (Rujuk Lampiran).   Objektif soal-selidik ini 7.7 adalah untuk mengukuhkan tahap kesahan dan kebolehpercayaan andaian personaliti responden.

7.8   Dapatan soal-selidik dianalisis untuk mengkaji tahap ketepatan andaian personaliti responden. Skala 60% – 100% dianggap menyakinkan; skala 40% – 59% dianggap kurang menyakinkan; dan skala 0% – 39% dianggap tidak menyakin.

7.9  Rumusan kajian dibuat untuk menjawab soalan kajian dan menentukan sama ada objektif kajian tercapai.

8.0   Analisis kajian

Statistik image

8.1   Berdasarkan jadual di atas didapati   66.7% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R1 berpersonaliti berfikiran terbuka. Rakan responden (RR1) juga memberi andaian yang menyakinkan dengan 66.7% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R1 berfikiran terbuka. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 66.7%. Ini menunjukkan andaian terhadap R1 (responden berfikiran terbuka) adalah menyakinkan.

8.2   Berdasarkan jadual di atas didapati   66.7%  daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa responden R2 berpersonaliti berhemah. Rakan responden (RR2) pula memberi andaian yang menyakinkan dengan 77.8% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R2 berpersonaliti berhemah. Peratus korelasi antara R2 dan RR2 ialah 72.3%. Ini menunjukkan andaian terhadap R2 (responden berhemah) adalah  menyakinkan.

8.3   Berdasarkan jadual di atas didapati   66.7% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R3 berpersonaliti ekstrovert. Rakan responden (RR3) memberi andaian yang  menyakinkan dengan 66.7% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R3 ekstrovert. Peratus korelasi antara R1 dan RR1 ialah 66.7. Ini menunjukkan andaian terhadap R3 (responden berpersonaliti ekstrovert) adalah  menyakinkan.

8.4   Berdasarkan jadual di atas didapati   77.8 % daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R4 berpersonaliti menyenangkan perasaan. Rakan responden (RR4) memberi andaian yang  menyakinkan dengan 88.9% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R4 menyenangkan perasaan. Peratus korelasi antara R4 dan RR4 ialah 83.4 %. Ini menunjukkan andaian terhadap R4 (responden berpersonaliti menyenangkan perasaan) adalah  menyakinkan.

8.5   Berdasarkan jadual di atas didapati   55.6% daripada 9 item soalan menunjukkan bahawa R5 berpersonaliti neurotik. Rakan responden (RR5) memberi andaian yang kurang  menyakinkan dengan 44.4% daripada 9 item soalan tersebut mengandaikan R5 berpersonaliti neurotik. Peratus korelasi antara R5 dan RR5 ialah 50.0%. Ini menunjukkan andaian terhadap R5 (responden berpersonaliti neurotik) adalah kurang menyakinkan.

9.0   Rumusan Kajian.

Sebagai rumusan, tanggapan bahawa personaliti seseorang rakan facebook boleh diandaikan daripada posting dan komen yang terpapar dalam facebook adalah  menyakinkan. Ini bermakna bahawa tanggapan personaliti rakan facebook  boleh diterima dengan hanya berdasarkan posting dan komennya di dalam facebook.