BAB 1

BAB 1

PENGENALAN

1.1  PENGENALAN

Bahasa merupakan perantara komunikasi sesama manusia. Manusia berkomunikasi diantara satu sama lain menggunakan pelbagai bahasa, dan setiap satu bahasa itu berbeza dengan bahasa lain  dalam pelbagai bentuk  dari segi fonologi,morfologi,sintaksis,semantik  dan pragmatik.Kajian ini menumpukan terhadap penutur Tamil yang berkomunikasi dalam bahasa Melayu.Fonologi merupakan cabang linguistik yang mengkaji bunyi bahasa sesuatu bahasa dan fungsinya di dalam sistem bunyi bahasa tersebut.Morfologi adalah cabang tatabahasa yang mengkaji struktur bentuk dan golongan kata.Sintaksis merupakan cabang linguistik yang mengkaji proses pembinaan ayat seperti penyusunan kata kepada ayat dan cara hubungan antara kata dalam ayat.Semantik adalah sistem dan pengkajian tentang makna dalam bahasa.Pragmatik mempunyai sifat atau pendirian yang lebih mengutamakan kesan-kesan sebenar sesuatu daripada ciri-ciri teori dan bersifat praktikal serta banyak memperhitungkan keadaan dan akibat yang sebenarnya akan timbul.Kajian ini meliputi bidang-bidang diatas bagaimana penutur tamil berkomunikasi menggunakan bahasa melayu.

1.2 PERNYATAAN MASALAH

Bahasa Melayu menggunakan pola ayat S K O (Subjek,Kerjaan ,Objek) yang merupakan standard dalam penggunaan bahasa melayu standard.Manakala bahasa tamil pula menggunakan pola ayat S O K (Subjek ,Objek,Kerjaan).Hal ini menyebabkan kesukaran kepada penutur tamil untuk berkomunikasi dalam bahasa Melayu secara lancar.Contohnya dalam bahasa Melayu Ali bermain bola (SKO) , manakala bahasa tamil “ Ali banthu vilayadinan” (Ali bola bermain) (SOK).Perbezaan susunan ayat ini  menyebabkan kelancaran penutur tamil dalam bahasa Melayu terganggu.Masalah seterusnya adalah , taraf pendidikan yang rendah pada masa  dahulu merupakan salah satu faktor menyebabkan kesukaran penutur tamil berkomunikasi dalam bahasa Melayu.

1.3 PERSOALAN KAJIAN

  • Sejauhmanakah pola ayat bahasa Tamil mempengaruhi penutur Tamil yang berkomunikasi dalam bahasa Melayu
  • Bagaimanakah  taraf pendidikan mempengaruhi penutur Tamil yang berkomunikasi dalam bahasa Melayu

1.4 OBJEKTIF KAJIAN

  • Mengenalpasti pola ayat bahasa Tamil yang mempengaruhi penutur Tamil semasa berkomunikasi dalam bahasa Melayu.
  • Sejauhmana taraf pendidikan mempengaruhi penutur Tamil yang berkomunikasi dalam bahasa Melayu

1.5 SKOP KAJIAN

Kajian ini menumpukan di sekitar UKM  Bangi iaitu pekerja-pekerja yang bertutur tamil dan berumur 30-40 tahun .

1.6 KESIMPULAN

Secara rumusnya,bab ini membincangkan kesukaran penutur tamil dalam berkomunikasi bahasa Melayu yang akan dikaji dari segi fonologi,morfologi,sintaksis,semantik,dan pragmatik.Selain ini,bab ini juga menyatakan pernyataan masalah kajian ,persoalan kajian ,objektif kajian dan skop kajian .Dengan ini berharap bab ini telah memberikan pengenalan yang secukupnya kepada tajuk kajian ini iaitu kesukaran penutur Tamil dalam berkomunikasi bahasa Melayu.

By anbarasi Posted in BAB 1