Analisis Pragmatik

Satu ilmu yang biasanya digunapakai bersama dengan ilmu semantik untuk mencari makna sebenar perkataan yang pada awalnya kabur dan taksa. Perkataan taksa ini biasanya akan menimbulkan masalah kepada penterjemah, khususnya penterjemah baru ataupun para pelajar kursus terjemahan. Ilmu pragmatik biasanya bersangkut dengan ilmu sosiolinguistik, neurolinguistik dan psikolinguistik.

Pragmatik boleh didefinisikan sebagai satu ilmu yang ada kaitan dengan interpretasi ujaran yang antara lain termasuk penginterpretasian ayat yang taksa, yang eliptik dan sebagainya. Pragmatik juga penting bagi memperoleh makna implisit bagi sesuatu ujaran di samping melihat hajat sebenar si penutur terhadap ujaran yang disampaikan.

 

Responden ini juga telah menggunakan perkataan bahasa Inggeris dalam berkomunikasi bahasa Melayu. Unsur ini dikenali sebagai, penukaran kod iaitu mencampurkan dua atau lebih bahasa dalam komunikasinya. Responden telah menggunakan perkataan cleaner, yang sepatutnya perlu dikatakan sebagai tukang cuci dalam konteks ayatnya. Selain itu responden juga menggunakan kata “just” dalam komunikasinya, yang bermaksud “sahaja’ mengikut konteks ayatnya.

Responden ini memilih perkataan ini sebab ia menjadi kebiasaannya. Contohnya sekiranya jika seseorang itu menanyakan dia kerja sebagai apa, maka dia akan menjawab sebagai cleaner bukannya sebagai tukang cuci.

Perkataan ‘just’ ini digunakan sebab, perkataan ini yang muncul di minda pertama. Dengan secara spontan responden telah menggunakan unsur asing “just’ dalam komunikasinya.

Selain itu, respoden menggunakan perkataan ‘kasi’ kerana, dia mempunyai fahaman bahawa itu membawa maksud “ membuat” baginya. Dan untuk memudahkannya, dia menggunakan perkataan ‘kasi’ dalam komunikasinya.